!
//iWriteLuarAlam
Yes or No
Monday 5 November 2012 | 11:39 | 0 baby(s)

“ Kau pernah terfikir tak suatu hari nanti bila kita dah kahwin? “ dia mengopek lagi sebiji kacang cap ibu jari. Mata menengadah langit.
                Yana angkat bahu sebelah bahu. “ entah. “ dia tak pernah lagi terfikir pasal tu walaupun rakan-rakan sekelasnya asyik bercakap ‘nanti lepas SPM aku nak kahwin lah.’’nanti aku nak kahwin dengan bla-bla.’ Dan topik tu memang hangat dibicara di sekolah Cuma dia rasa dia jea yang langsung tak berminat nak bercerita atau mendengar cerita tentang tu.
                “ apahal pulak entah? “ Haziq bertanya lagi. Pelik. Selalunya perempuan yang lebih-lebih berangan pasal nak kahwin.
                Yana mendengus. “ yang kau sibuk tu dah kenapa? “ dia bangun dari pembaringan. Macam selalu dia dan Haziq akan lepak dekat anjung rumah dia sambil makan kacang cap ibu jari yang memang akan selalu ada stok dirumahnya. Dia baring dikerusi panjang tepi kiri anjung dan Haziq akan baring ditepi kanan anjung. Rutin harian. Rutin yang dah terbiasa dibuat. Rutin yang tak pernah lupa dilakukan. Dia dengan Haziq dah lama jadi kawan baik sejak darjah satu bila dia sekeluarga berpindah ke sini.
                Haziq turut bangun. Tangan kiri yang penuh dengan kulit kacang dimasukkan kedalam plastik sampah atas meja kopi dianjung itu. “ tak ada lah. Aku tanya jea. “ dia pun tak tahu kenapa dia tanya soalan tu. Tak pasti.
                Yana diam tak membalas. Malas nak bercakap pasal topik ni. Sekolah tak habis lagi dah nak kahwin. Itu yang dia selalu akan ingatkan diri bila mana diri cuba untuk suka bercakap pasal topik macam ni. Dia bangun. Meja kopi yang dah tak ada rupa meja tu dikemas. “ kau ni, kalau makan tak reti nak makan elok-elok ke? “ tin coke yang dah kosong  dikutip dan dimasukkan ke dalam plastik sampah. “ hari-hari nak kena bebel. “ kulit kacang pula dikutip. Penat dia hari-hari Haziq buat sepah dia yang mengemas. Haziq buat sepah dia yang mengemas.
                Heh. Haziq sengih. “ alah, tak apalah. Pratikkan amalan berkemas dari sekarang nanti nak kahwin tak adalah kekok kalau mak mertua suruh kemas rumah. “ Selamba Haziq menuturkan. Pandang nuklear Yana disebelah dibuat jeling jea. Dia memang kaki sakat si Yana ni.
                Pap! Selamat plastik sampah berisi kulit kacang dengan tin coke kosong menutupi kepala Haziq. “ itu bukan pratik itu namanya membuli! “ dia cakap kuat ditepi telinga Haziq dari balik plastik sampah tu. Suka sangat cari pasal. Hari-hari aku yang mengemas pratikkan apa jadahnya. “ kau kemas balik ni. Aku bangun besok ada kulit kacang dekat anjung ni nahas kau dekat sekolah nanti. “ dia berlalu masuk kerumah.
                Haziq masih lagi dalam keadaan terkejut. Lahabau punya yana. Sungguh tak ada ciri kelembutan betullah. Plastik sampah itu ditarik dari kepala. Habis kotor baju aku. Dah amndi kena mandi lagi. Hish! Dia bangun mengutip kulit kacang yang bersepah atas lantai anjung. Tak pasal-pasal kena kutip balik. Eiii, jaga kau Yana. Ada hari ada kapal terbang dalam kelas lain hari kau tunggu kat kelas aku balas!

Haziq duduk meja belakang kelas dengan Afiq, Piji, Akif dan E-mey. Bercerita bual kosong. SPM lagi sebulan tapi seisi kelas masih lagi dengan perangai tak sedar diri nak ambil peperiksaan besar dan Cuma beberapa kerat saja yang tengah belajar salah seorangnya adalah, Yana.
                Haziq bosan. Cikgu tak masuk sebab semua guru ada mesyurat mendadak. Nak belajar apa kalau otak tak boleh lah consetrate bila kelas pun bising. Mata ditebarkan keseluruhan kelas. Matanya berhenti dimeja Yana selang beberapa meja dari mejanya. Dia sengih keji tiba-tiba. Dia tunduk sedikit. Laci meja diselongkar mencari sesuatu. Dia tarik buku conteng yang memang setia berada dilaci mejanya. Pencil box dibuka, maker pen diambil. Siap menulis sesuatu di atas kerja kosong garis satu itu dia melipat-lipat dan menjadikan kapal terbang. Here we got fun!
                Plap!! Yana tersentak bila terasa ada sesuatu mengena kepalanya. Dia tunduk memandang lantai. Kapal terbang kertas? Dia kutip kapal terbang kertas itu dan membelek depan belakang. Kapal terbang itu dibuka. “ Hai? XD awak tidur keluaq ayak liuq semalam! Sekian. “ Yana kerut dahi. Whattaaa...... siapa yang buat kapal terba....ng ni! Lipat maut dia menoleh kebelakang kelas. Haziq angkat kening gaya keji. Lahabau!
                “ Haziq Muhammad Amsyar!!!!!” suara yana bergema dibilik tingkatan 5 LK1 itu.
                Haziq dah selamat berlari keluar dari kelas. Laju dia buka langkah bila nampak mulut Yana mula terbuka. Dia pasti namanya menjadi jeritan dikelas. Heh, semalam masa Yana dah tidur dia senyap-senyap menyelinap masuk kebilik Yana ikut pintu balkoni bilik Yana. Balkoni bilik dia dan bilik Yana berdepanjadi senang dia nak menyelinap atau apa.
                Dia berjalan selamba bila terasa dia dah selamat dari Yana. Sekarang waktu PMP. Semua pelajar masih gigih medengar cerita ‘dongeng’ cikgu dihadapan kelas. Tangan kiri dibawa kedepan muka. Jam dah masuk pukul 10.45 lagi lima minit tingkatan lima akan rehat. Ahh, tak payah masuk kelaslah. Fly, usha aweks, cuci mata dekat taman bada sila pun okay juga.

Yana gigit nugget yang dibelinya tadi. Sakit hati! Sakit jiwa! Kurang jar! Tak makan saman! Tak ada insuran! Berapi dia baca apa yang tertulis diatas kertas garis satu yang dijadikan kapal terbang itu. Haziq memang betul-betul cari pasal dengannya. Suka jiwa betul main masuk bilik anak dara orang macam pencuri tu. Nasib semalam dia penat tak jadi nak tukar baju tidur yang seteng. Dia nampak kelibat Haziq dan angkatannya berjalan ke masuk kedalam kantin. Dia jeling maut pada Haziq yang tersengih memandangnya.
                “ hai, sayang! “ Haziq berhenti dimejanya.
                Geli anak telinga mak dengar nyah!!! Dia buat pekak. Selagi Haziq tak minta maaf dia tak akan bercakap walau sibiji perkataan pun pada Haziq. Yana pandang Iffah disebelah. Dia bisik sesuatu pada Iffah.
                Iffah mengangguk mendengar kata-kata Yana. Seketika dia mendengus. Budak berdua ni lah.... bergaduh jea kerja. Memang dia akan jadi orang tengah kalau Haziq dan Yana ni bergaduh. “ dia suruh kau blah. “ Iffah cakap pada Haziq.
                Haziq terkejut. “ kenapa? Cakap dekat dia! “ heh, merajuk-merajuk nak pergi mana cik yana sayang oii? Nak main hantar posmen ye? Baik.
                Iffah ulang balik apa yang disuruh Haziq tadi pada Yana.
                Yana bisik  lagi pada Iffah.
                “ baik kau blah sebelum dia jadi hulk! “
                Haziq dengan yang lain gelak kaut dekat situ. Semua pelajar yang tengah makan dikantin memandang mereka. “ say to her. “ dia ambil tempat depan Yana. Sekarang meja tu Cuma ada dia, yana dan Iffah. “ korang pergi makanlah dulu. “ dia cakap pada afiq, piji dan akif. Dia kembali memandang yana dan Iffah dihadapan. Dia sengih. “ say to her. I love you. “ riak sukar ditafsir pada wajah Haziq sewaktu dia menuturkannya.
                Iffah ingin mengulang lagi apa yang dikatakan Haziq tadi tapi terbantut. Dia pandang Haziq. Takut dia salah dengar ke. Tapu rasanya tak. Bila Haziq angguk kepala padanya terus dia berbisik pada Yana.
                Yana buat muka nak muntah pada Haziq. Sayang? Buekkkk! Aku nak muntah dengar sayang. Lelaki memang senang ucap sayang. Dia paut leher Iffah dan berbisik.
                Iffah rasa nak hentak kepala dekat meja. Depan-depan pun nak berbisik ke? Sabarkan jea lah hati ni. Hish budak dua orang ni lah. “ she’s hate you. “ dia bangun. “ dah. Korang settle sendiri. Aku nak blah! “ Iffah terus blah. Makin dia dekat meja tu makin dia rasa nak hentak kepala dekat meja.
                “ marah aku ehh? “ Haziq bertanya sambil tangan memegang tengkuk. Terasa bersalah. Yana tak pernah nampak betul marah macam ni.
                Yana diam. Malas nak cakap. Dia bangun. “ behave! “

Haziq buntu. Masuk hari ni dah dua minggu Yana buat endah tak endah dengannya. Dah tak ada aktiviti harian yang dia selalu buat dengan Yana. No rutin. No bebel. No skate. No drawing. No lepak anjung. No borak-borak dekat balkoni. Semua tak ada. Dia rasa sangat awkward dan weird. Bila dia panggil Yana dibilik Yana mesti bagi alasan macam-macam. Penatlah. Banyak homeworklah. Itulah inilah. Ughhhhhhhh! Sepenat yana pun dia jarang bagi alasan macam tu bila dia ajak lepak.
                Dia meramas kasar rambunya. Nak buat apa ni? Sungguh hari-harinya selama dua minggu ni sangatlah serba tak kena. What the heck! Kira macam mandi tak basah tidur tak lena makan tak kenyang. Erghhhh. Setereslah aku macam ni. Nak skate dengan siapa? Afiq, piji dengan akif semua tuisyen malam. Kalau malam dia selalu skate dengan Yana jea sebab depan rumah mereka tu taman permainan.
                Haziq tunduk merenung kosong lantai bilik. Kosong matanya sama macam kosong isi kepalanya. Ehh..... dia bangun dan meniarap kelantai. Isi bawah katil ditarik. Ada banyak kertas warna, kertas minyak, A4 kertas warna warni. Seketika kepalanya mendapat satu Idea. Dia bangun dan menapak ke meja studi. Pensil case berisi bermacam-macam jenis maker dan pen diambil bersama-sama dengan gunting dan gam.
“ yana gaduh dengan Ajiq eh? “
                Hampir tersedak Yana mendengar soalan ibu. Cepat dia mengambil air dan diteguk rakus. Soalan apa ni bu? “ mana ada. “ laju dia mengeleng. Menepis tembakan ibu yang tepat tu. Macam mana ibu boleh tahu? Tak ada pun dia bercerita apa-apa pada Ibu.
                “ dah tuh, kenapa dah lama ibu tak nampak dia dengan kamu. “ Puan Jasmine mengangkat pingannya yang dah kosong ke sinki.
                Dia rasa nak tercekik tulang ayam didalam mulutnya. Sejak bila ibu pandai usha pergerakan dia ni.” Alah, ibu SPMkan lagi berapa hari lagi. Dia nak studi lah tu. “ kelentong jea lah. Nak bagi tahu ibu yang Haziq menyelinap masuk kebiliknya waktu dia tidur? Mahu ada perang ketiga nanti. Dia tak nak rosakkan hubungan baik ibu dengan mama Haziq.
                Puan Jasmine mengeleng didepan sinki. Anak gadisnya memang suka berahsia. “ habis yang masa kamu PMR dulu. Kamu studi jea dengan Ajiq. Kenapa tak studi sekali waktu SPM? “ pingan yang sudah dibilas diletak dalam tray penapis.
                Zappppppp!!!! Terasa macam ada batu terhempap atas kepala bila mendengar kata-kata ibu. Yana gigit bibir bawah. Tak tahu nak cakap apa.
                Puan Jasmine tepuk bahu Yana. “ ni nak dekat SPM. Mesti saling maaf memaafkan. Nanti apa-apa jadi tak sempat nak minta maaf. “ Puan Jasmine berlalu dari dapur.
                Mati selera Yana nak sambung makan. Lauk favouritenya Cuma dipandang kosong.

Tukkkkk!!!! Tukkkkkk!!!! Tukkkkkkk!!!!
                Yana buat muka bosan. Dari tadi pintu balkoninya asyik diketuk. Aku nak studilah malaun!!! Dia mendengus.
                Tujkkkkkkk.... tukkkkkk.... tukkkk.....
                Haziq setia menanti dengan Yana buka pintu. Hasil kerja tangan dia yang kretif tak kretif dipegang dengan dua belah tangan.
                Yana buka pintu balkoni. Mencerun matanya merenung Haziq yang tersengih macam nak minta penampar free. “ kau nak a........pa?” dia mati kata. Lidah kelu. Matanya tertumpu pada kertas minyak yang bertulis ‘I’m sorry. Happen all the time. I’m sorry. I can live without you. My every single day without you is zero. Forgive me.
                “ i’m sorry? “ redup Haziq memandang Yana. Dia tahu dia silap tapi sungguh dia tak boleh hidup kalau tak ada Yana dalam hari-harinya. Yana kawan dari dia kecil. Skala 1 kepada 10. 1 kepada 8 hidupnya berkongsi dengan Yana.
                Tak tahu nak jawap apa. Dia tak marah dengan Haziq Cuma dia terkilan. Haziq tak patut masuk bilik dia macam tu. Tu salah namanya. Yana mengeluh. Seketika dia angguk kepala.
                Yeayyyyy! Haziq dah melompat macam nak runtuh lantai balkoni biliknya. Ehh..... “ wait! “ dia masuk kedalam bilik. Satu lagi kertas minyak diambil dari atas katil dan dibawa kebalkoni. Sengaja dia tinggal kertas minyak yang ni dalam bilik dulu takut nanti Yana tak maafkan dia terasa sangatlah jatuh air muka macho dia.
                Sekali lagi Yana rasa air liurnya berpasir ditekak. Haziq memang gila! ‘ can you be angle?
                “ kau dah kenapa? “ akhirnya suara dia terkeluar juga.
                “ i’m serious. “ Serious Haziq menuturkannya. Yang ini dia tak memain. Lepas dia siapkan kertas minyak yang pertama tadi dia terasa macam ada sesuatu yang kurang. Bila dia fikir, congak, tanya apa semua pada hati dan akalnya. Ini yang dia jumpa. Mungkin terlalu awal tapi mereka dah nak SPM lepas ni lagi senang. “ yes or no? “
                Yana terpaku. Tak pernah dia tengok Haziq buat perangai gila macam ni. Lagipun dia tak tahu apa sebenarnya perasaan dia pada Haziq. Tapi dia pasti Haziq satu-satunya kawan dia tapi sempadan. Cuma yang ni permintaan Haziq sangat luar alam. Dia tak tahu sama ada dia ada atau tidak perasaan yang lebih dari itu pada Haziq. “ I thought later. “

Tukkk!!! Tukkkk!!! Tukkkkk!!
                Haziq melangkah lemah kebalkoni. Baru nak tidur dah ada orang ketuk. Semalaman dia tak tidur. Tak studi. Itu semua sebab jawapan yang diterima daripada Yana. ‘ I thought later’ ughh!!! Nak menangis dia semalam. Pintu balkoni dibuka. Haziq angkat kepala. Objek pertama yang menjamah matanya apabila pintu balkoni dibuka adalah kertas minyak. ‘ i forgive for a thousand times. ‘ dia baca dengan muak kelam. Pelahan-lahan kepala diangkat lebih tinggi dari itu. Yana tersenyum padanya. Dia nampak Yana tarik satu lagi kertas minyak dari belakang badan dan dibawa kedepan badan. Haziq membaca apa pula yang tertulis atas kertas minyak itu. ‘ YESS!!!!’ sebesar alam perkataan sepatah itu ditulis.
                What??? Haziq sengih.

Copyright 2012 layout//template by Valent